Let’s travel together.

Bagaimana Memilih Nama Domain

Beberapa kriteria perlu diletakkan semasa memilih nama domain. Artikel ini akan membahas secara detail tentang itu.

Sungguhpun mustahil untuk memenuhi semua kriteria di bawah, akan tetapi ianya perlu dijadikan guideline atau cara mencari nama domain yang bagus/

Jadi, kita straight to the point:

  • Domain = Saimiramlan.my
  • URL = https://saimiramlan.my

Ok, kita terus ke kriteria-kriteria yang dimaksudkan.

1. Guna .com

Kebanyakan pengguna internet beranggapan semua domain hanya mempunyai .com dihujungnya semasa melakukan ‘browsing’. Jika anda menggunakan .net, .info atau sebagainya, ianya akan melambatkan pengguna internet menjumpai laman anda. Walaupun banyak website yang sukses menggunakan .net, tetapi .com tetap terbaik.

2. Nama Blog Yang Kreatif , Pendek Dan Menarik

Dipendekkan cerita nama lagi pendek lagi bagus.

3. Senang disebut dan dieja

Matlamat nama domain ialah untuk memudahkan anda dan orang lain. Maksudnya seseorang tidak perlu memeras otak sehingga terpaksa berhenti sejenak hanya untuk menyebut dan mengeja domain anda.

Jangan memasukkan perkataan yang pelik dan “tricky” untuk dieja.

4. Tidak Menggunakan Tanda Hubung(Hyphens)

Ianya tidak lancar untuk disebut jika menggunakan tanda hubung(hyphens). Sebagai contoh, domain ini saimiramlan.my. Jika kita meletakkan hyphens, maka sebutannya seperti ini – saimi hyphens ramlan dot my.

Macam tak best jer bunyi.

5. Guna Keyword

Domain anda merupakan satu tempat terbaik untuk diletakkan satu keyword ataupun dua. Lagi bagus ianya diletakkan pada permulaan domain.

Contohnya, keyword ialah “fly fishing”, Flyfishingguide.com lebih baik daripada Guideofflyfishing.com.

6. Pertimbangkan Menggunakan Nama Anda Sendiri

Saya amat mencadangkan anda mendaftarkan nama sendiri sebagai domain jika anda tidak mempunyai rancangan yang lain untuk domain tersebut.

Kenapa?

Sebabnya mungkin pada masa akan datang, kemungkinan nama anda akan digunakan untuk cipta nama syarikat atau household. Jika ianya terjadi pasti anda akan gembira kerana anda sudah mempunyainya.

Jika anda mempunyai rancangan untuk menjadikan blog anda sebagai tempat untuk produk anda ataupun sebagai publisher writer, maka pilihan nama anda adalah yang terbaik.

Jika nama anda sukar untuk dieja ataupun disebut, anda boleh gunakan front name atau middle name atau last name ataupun nickname.

7. Jadikan Ianya Boleh Diperkembangkan

Anda mungkin tidak menjangkakan bagaimana perniagaan yang anda jalankan berkembang pada suatu masa nanti, jadi elakkan menggunakan nama yang terlalu spesifik.

Sebagai contoh pada masa sekarang ini anda menjual gewang, jadi anda letak domain anda dengan contoh nama domain jualgewangpancing.com. Tetiba pada masa akan datang anda ingin menjual batang pancing, jadi nama domain jualgewangpancing.com sudah tidak sesuai lagi.

Nama yang sesuai mungkin peralatanpancing.com.

8. Jangan Terlalu Memikirkan

Pernah juga ada seseorang bercerita kepada saya iaitu mereka takut pilihan yang dibuat itu salah. Masalah yang biasa dialami ialah tidak menjumpai .com yang tersedia. Jika ini terjadi kepada anda, be cool… teruskan membuat tekaan terbaik.

Memilih nama domain yang tidak sempurna adalah lebih baik dari tiada nama domain sama sekali.

Teruskan usaha anda untuk mendapatkan nama blog yang kreatif.

OK, Anda Sudah Yakin. Bagaimana Register Domain?

Baiklah, saya ada beberapa pilihan untuk anda:

  • Jika anda tidak mempunyai website atau tidak mempunyai rancangan dalam masa yang terdekat, saya mencadangkan Namecheap untuk anda register domain
  • Jika anda mahukan website, baca dan ikut langkah demi langkah di artikel cara buat blog . Detail tentang register domain juga diceritakan di sana.

Bagaimana Memilih Nama Domain
4.9 (98.67%) 15 votes

Leave A Reply

Your email address will not be published.